Puncak Niaga

Puncak Niaga Holdings Berhad ialah sebuah syarikat konsesi bekalan air Malaysia yang membekalkan dan mengagihkan air dirawat kepada para pelanggan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[1][2] SYABAS ialah anak syarikat Puncak Niaga sehingga 2014 apabila ia bertukar nama kepada Air Selangor.Kumpulan ini berurusan dengan membekalkan dan mengagihkan air dirawat kepada para pelanggan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Aktiviti utama Puncak Niaga ialah pemegangan pelaburan. Ia merupakan syarikat konsesi pembekalan air yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini memegang dua konsesi untuk menyelia, mengurus dan mengekalkan 28 loji rawatan air di Selangor dan Kuala Lumpur. Kesemua 28 loji-loji rawatan ini mempunyai anggaran kapasiti pengeluaran 1,900 juta liter.[3]

Puncak Niaga

Tempat dibekalkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
Industri Bekalan air, pengurusan sisa dan sanitasi
Perancang utama
  • Rozali Ismail (Pengerusi Eksekutif)
  • Abdul Jalil Abdul Karim (Pengarah Urusan)
Ibu pejabat Wisma Rozali , No.4 Persiaran Sukan, Seksyen 13,40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Laman sesawang www.puncakniaga.com.my
Ditubuhkan 7 Januari 1997; 23 tahun yang lalu (1997-01-07)
Didagangkan sebagai MYX: 6807
Jenis Syarikat berkaitan kerajaan
Perkhidmatan Perawatan air